RESDUNG
THERAPY
THERAPY
RM 30.00 SEBOTOL
APA ITU RESDUNG/SEDUAN?
Antara keistimewaan Resdung Therapy :
- Melegakan resdung dan gatal-gatal di muka.
- Merawat jerawat dan jerawat batu.
- Merawat gatal-gatal hidung, mata dan telinga.
- Merawat masalah hidung berair, kerap bersin dan selsema.
- Mengurangkan alahan makanan laut (Ketam, Udang, Sotong dll)
- Mengatasi masalah jerawat dan muka awet muda.
- Merawat penyakit secara semulajadi.
Resdung/seduan adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit (antibodi) seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman(hama-Demodex Steptoccus dan Stephylococcus) yang terus merebak dalam tubuh. Demodex tidak dapat dilihat dengan mata kasar yang hidup sebagai parasit di liang roma bahagian muka, dahi, kening, hidung dan kepala seseorang. Ia sangat aktif di waktu malam.
Antibodi yang lemah mengakibatkan tahap kepekaan seseorang semakin tinggi apabila terdedah kepada alergi (alahan) cuaca sejuk, makanan gatal, alat-alat kosmetik, asap kenderaan dan kekotoran alam sekitar.
Ubat-ubat seperti pil Darah Tinggi, pil hormon, arak dan faktor-faktor keturunan juga menyebabkan resdung/seduan. Hama Demodex akan merebak melalui sentuhan, ciuman atau penyusuan bayi.
TANDA-TANDA RESDUNG/SEDUAN
Kerap merasa gatal di muka, mata, telinga, hidung dan kulit. Kerap bersin, selesema dan hidung tersumbat. Alah (alergi) pada habuk, makanan laut dan perubahan cuaca. Tekak berlendir, berkahak dan berbau. Hidung berdarah dan bernanah. Sesak nafas atau lelah(asma). Deria bau kurang berfungsi. Sakit dan bernanah di rongga pipi. Jerawat nanah dan darah, migrain, rambut gugur, mata kabur, kanser payu dara dan hidung.
PENYELESAIAN
Sehubungan itu, kami pihak Village Herbs menyediakan satu produk yang berkesan untuk menyelesaikan masalah resdung. Produk yang dikenali dengan RESDUNG THERAPY merupakan remedi dan pengubatan semulajadi yang berasaskan herba bagi menguatkan keimunan tubuh bagi melawan penyakit ini dari terus merebak di dalam diri anda. Formula ini telah telah hampir sedekad dipraktikkan dan keberhasilannya adalah amat memberangsangkan hasil dari respon pesakit yang menggunakan produk ini.
Cubalah…Anda pasti tak menyesal…Antibodi yang lemah mengakibatkan tahap kepekaan seseorang semakin tinggi apabila terdedah kepada alergi (alahan) cuaca sejuk, makanan gatal, alat-alat kosmetik, asap kenderaan dan kekotoran alam sekitar.
Ubat-ubat seperti pil Darah Tinggi, pil hormon, arak dan faktor-faktor keturunan juga menyebabkan resdung/seduan. Hama Demodex akan merebak melalui sentuhan, ciuman atau penyusuan bayi.
TANDA-TANDA RESDUNG/SEDUAN
Kerap merasa gatal di muka, mata, telinga, hidung dan kulit. Kerap bersin, selesema dan hidung tersumbat. Alah (alergi) pada habuk, makanan laut dan perubahan cuaca. Tekak berlendir, berkahak dan berbau. Hidung berdarah dan bernanah. Sesak nafas atau lelah(asma). Deria bau kurang berfungsi. Sakit dan bernanah di rongga pipi. Jerawat nanah dan darah, migrain, rambut gugur, mata kabur, kanser payu dara dan hidung.
PENYELESAIAN
Sehubungan itu, kami pihak Village Herbs menyediakan satu produk yang berkesan untuk menyelesaikan masalah resdung. Produk yang dikenali dengan RESDUNG THERAPY merupakan remedi dan pengubatan semulajadi yang berasaskan herba bagi menguatkan keimunan tubuh bagi melawan penyakit ini dari terus merebak di dalam diri anda. Formula ini telah telah hampir sedekad dipraktikkan dan keberhasilannya adalah amat memberangsangkan hasil dari respon pesakit yang menggunakan produk ini.
RAWAT SEGERA SEBELUM MELARAT!
APA ITU RESDUNG?
Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.
Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.
Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!
Resdung adalah penyakit berjangkit yang berpunca dari hama DEMODEX, alahan dan bakteria. Demodex spp ada pada 97.68% orang dewasa di seluruh dunia (kajian Dr. Qu Kui Zin selama 30tahun melibatkan 905,801 orang dewasa pelbagai bangsa, umur dan pekerjaan).Demodex tidak dapat dilihat dengan mata kasar, berukuran 0.1mm-0.4mm, ada dua jenis yang hidup pada bahagian dahi, muka, kening, hidung dan kepala.
Ia hidup dalam liang atau bulu roma dan bulu mata, sgt aktif di waktu malam apabila ia keluar untuk bersenyawa dan masuk semula untuk bertelur di dalam liang roma. putaran hidupnya selama 14hari. merebak melalui sentuhan, ciuman atau penyusuan bayi.
jumlah demodex bertambah mengikut kadar usia. kulit muka menjadi gatal-gatal, rambut gugur berkelemumur, berjerawat, nafas berbau dan berpenyakit kulit.
Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.
Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.
APAKAH SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.
Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.
Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.
Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.
APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan(humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.
Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.
Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :
* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid
APAKAH RESDUNG(SINUSITIS)
Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikain ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, "penyapu-penyapu" kecil dalam sinus yang dipanggil silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bila bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat Sinusitis.
Selalunya, Sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dipanggil Sinusitis akut.
Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.
Apakah Yang Menyebabkan Sinusitis Dan Gejalanya?
Sinusitis biasanya berlaku selepas mendapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.
Petanda yang klasik penyakit ini ialah sakit di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok. Seseorang itu merasakan dirinya tidak sihat. Membran mukus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak dan mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.
Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak di sekitarnya. Keadaan ini memerlukan rawatan kecemasan.
Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua Sinusitis akut dan kronik.
Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
* Streptococcus
* Staphylococcus
Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.
Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.
GEJALA RESDUNG (SINUSITIS)
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya
KEMUDRATAN RESDUNG (SINUSITIS)
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat
PUNCA BAKTERIA MEMBIAK
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:
a. Radangan pada hidung.
Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:
* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).
Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.
b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser di hidung)
Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung.Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.
c. Jangkitan pada gigi geraham atas
Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.
d. Genetik
Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.
JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
* Akut
* Kronik
AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan
pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.
KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
INDIVIDU BERISIKO
* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.
KOMPLIKASI
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
* Kanak-kanak
Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk.Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.
Pada tahap kritikal doktor akan membuat satu laluan supaya cecair dari sinus ethmoid dapat dikeluarkan dari hidung dan ia tidak bertakung lagi.
* Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.
Pencegahan
• Apabila terkena selesema dapatkan rawatan segera. Hembuskan hidung anda perlahan-lahan
• Banyakkan meminum cecair apabila anda diserang selesema, untuk mencairkan mukus dan mengalirkannya keluar.
• Jauhkan diri anda dari asap tembakau/rokok dan udara yang tercemar. Ia boleh meradangkan laluan hidung anda.
Perokok lebih mudah mendapat Sinusitis.
• Jangan pergi berenang atau menyelam ketika anda diserang Sinusitis kerana bahan klorin yang terdapat pada air di
kolam renang itu akan mengganggu pengalas lapisan hidung dan sinus. Penyelam biasanya akan mengalami
kesesakan hidung.
Penjagaan Diri
• Minum lebih banyak cecair untuk mencairkan mukus. Minum segelas air atau jus setiap jam.
• Jangan membeli penyembur hidung dari mana mana kedai ubat tanpa nasihat atau preskripsi dari doktor. Jika
digunakan 7 hari berturut-turut ia akan memburukkan lagi simptom anda.
• Makanlah ubat seperti yang dinasihatkan. Adalah penting anda mematuhi regimen pengubatan ini.
• Anda boleh membeli ubat penghilang kesakitan untuk mengurangkan sakit kepala dan sakit di muka disebabkan oleh
keradangan sinus.
• Berehatlah secukupnya.
Makan makanan seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan.
GUNALAH RESDUNG THERAPY JIKA...
Kadangkala begitu sukar untuk mendiagnoskan Sinusitis kerana simptomnya hampir seakan-akan sama dengan simptom selema dan alahan. Anda perlu menilai semula dan memastikan tanda-tanda dan simptomnya. Anda perlu gunakan Resdung Therapy, jika:
• anda mendapat lebih dari 3 kali serangan Sinusitis.
• simptom selesema anda berpanjangan sehingga melebihi dari 10 hingga 14 hari atau semakin lama semakin teruk
• mendapat sakit kepala yang kuat, berbeza dengan yang pernah anda alami dan tidak dapat hilang dengan ubat
analgesik yang anda biasa belikan. 7 tekanan di bahagian muka.
• terdapatnya hingus yang berwarna kuning-kehijauan atau bercampur darah.
• Demam dan batuk
• Kesesakan hidung atau hidung tersumbat
• Bengkak di sekeliling mata dan dahi. Jika anda didiagnoskan dengan betul dan mengambil ubat rawatan yang diberi,
simptom Sinusitis anda - seperti rasa sakit dan dedar, akan hilang. Anda akan bernafas dengan lega semula.
Alahan
'Alahan' bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.
Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan Anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.
Penyebab
• Tumbuh-tumbuhan.
• Makanan.
• Ubat-ubatan.
• Debunga.
• Sengatan lebah.
• Gigitan.
Alahan Rhinitis (demam alahan)
Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.
Tanda-tanda dan gejala
• Penghasilan mukus (lendir).
• Gatal-gatal di :
o Tekak
o Hidung
o Mulut
o Mata
o Kulit
• Batuk.
• Sakit kepala.
• Hidung berair/Bersin.
• Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).
Rawatan
• Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.
• Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.
• Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.
Pengurusan sendiri
• Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk.
• Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika
boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.
• Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan
makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.
• Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.
• Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap
menggalakkan tumbesaran kulapuk.
• Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan. Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau
laut.
Alahan terhadap makanan
• Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan
terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:
• Intolerans terhadap makanan.
• Sindrom gangguan usus.
• Tekanan fizikal.
• Keracunan makanan.
Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.
Gejala
• Tekak terasa gatal.
• Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
• Sakit perut.
• Loya.
• Muntah.
• Kekejangan otot perut.
• Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
• Gatal-gatal/urtikaria.
• Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
• Penyumbatan rongga hidung/hidung berair.
• Sesak nafas/bunyi ronkus.
Rawatan
Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna Kortikosteroids.
Pengurusan sendiri
• Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.
• Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang
tersembunyi di dalam makanan.
• Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan (susu dikenali sebagai
kasein, protein susu dan lain-lain).
• Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi Anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi
menyebabkan kematian.
• Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.
Alahan terhadap ubat-ubatan
Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.
Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.
Gejala
• Gatal-gatal.
• Ruam kulit.
• Gatal-gatal pada kulit atau mata.
• Bunyi ronkus.
- Bibir membengkak.
Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:
• Penyumbatan rongga hidung.
• Sukar bernafas.
• Batuk.
• Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.
• Pening.
• Keliru.
• Sakit/kekejangan otot abdomen.
• Loya, muntah.
• Cirit-birit.
Rawatan
Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan Antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, Urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.
Alahan Konjunktivitis
Alahan Konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.
Gejala
• Mata merah.
• Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.
• Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.
• Keluar air mata.
• Kelopak mata bengkak/sembab.
Rawatan
Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil Antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.
Pengurusan sendiri
• Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.
• Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.
• Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.
• Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.
• Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda.
• Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.
Jerawat
Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah.
APAKAH YANG MENYEBABKAN JERAWAT?
• Gabungan faktor-faktor seperti genetik, hormon, bakteria, liang tersumbat dan keradangan akan menyebabkan
jerawat.
• Folikel rambut atau liang pada kulit mengandungi kelenjar sebum yang menghasilkan sebum (minyak). Semakin
banyak sebum dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat semakin tinggi.
• Apabila liang ini tersumbat dengan sebum dan keratin (sel kulit yang mati) jerawat hitam (komedo) akan terbentuk.
• Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, kita gelarkannya sebagai jerawat putih (whitehead).
• Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai
jerawat hitam.
• Dinding folikel mungkin pecah lalu membentuk bonjolan berwarna merah.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGANGGU KULIT
• Gangguan hormon disebabkan oleh:
o Tekanan psikologi.
o Pra-haid.
• Faktor persekitaran seperti:
o Kelembapan yang tinggi lalu menyebabkan kulit membengkak.
o Menggunakan kosmetik seperti sesetengah jenis pelembap, bedak asas dan minyak rambut.
o Pekerjaan yang melibatkan minyak dan gris (contoh memasak kentang goreng).
o Pakaian yang kasar.
• Ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan ubat tertentu (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).
GEJALA
• Ruam kulit atau lesi (luka) pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian-bahagian lain.
• Komedo (jerawat putih atau jerawat hitam bergantung kepada warnanya).
• Lesi atau kulit di sekeliling lesi menjadi kemerah-merahan.
• Radang di sekeliling tompokan pada kulit.
• Tompokan pada kulit menjadi berkerak.
• Kulit menjadi berparut.
• Pigmentasi.
PENGURUSAN SENDIRI
• Basuh muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali sehari dan lap kering dengan
tuala yang lembut.
• Sikat atau ikat rambut supaya tidak menutup muka.
• Gunakan pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).
• Jangan menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau pelindung cahaya matahari.
• Jangan mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh menyebabkan kulit muka
berparut.
• Jangan meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/ menongkat dagu dan lain-lain kerana ini
boleh merengsakan kulit muka.
• Gunakan ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan noda hitam dan noda putih.
• Patuhi arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati.
• Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
• Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.
KOMPLIKASI
1. Fizikal - parut yang kekal di muka.
2. Psikologikal - gangguan psikologi terhadap keyakinan diri, harga diri, personaliti dan kehidupan sosial.
PETUA ELAKKAN RESDUNG
Ini beberapa petua mencegah resdung;
- Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
- Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.
- Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
- Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu sahaja.
- Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
- Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.
- Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau anda ada ahli keluarga anda atau kenalan yang mengalami masalah resdung ni, bolehlah anda share dengan diorang petua ni...
Penyakit alahan hidung / kerap bersin
Apa Itu Alahan Hidung
Radang pada selaput hidung disebabkan tindakbalas keterlaluan sistem imunisasi (pertahanan badan) terhadap “allergen” (faktor yang menyebabkan alahan) seperti habuk, debunga, cuaca sejuk atau sesetengah makanan.
Simptom atau Gejala (Anda boleh mengalami salah satu atau banyak gejala)
• Kerap bersin
• Hingus yang cair dan jernih dan/atau hidung tersumbat
• Gatal hidung, mata, telinga dan/atau tekak.
• Sakit kepala
• Sakit tekak dan/atau batuk yang berulang.
• Berubah deria baud dan rasa.
• Tompok gelap di bawah mata.
Kanak-kanak Dan Alahan Hidung
Kebanyakkan kanak-kanak yang mengalami gejala alahan hidung, tidak pandai menyuarakan rasa sakit atau tidak selesa mereka melalui kata-kata, jadi mereka menyuarakannya melalui perubahan tingkah laku di sekolah atau di rumah seperti cepat marah dan depresi. Sesetengah kanak-kanak pula akan menjauhkan diri mereka daripada kawan-kawan kerana takut penyakit mereka akan berjangkit.
Di bawah hanyalah beberapa potensi masalah yang boleh dihidapi oleh mereka. Rawatan dan pencegahan di peringkat awal adalah penting bagi memperbaiki kualiti hidup mereka dan mengurangkan kekerapan tidak hadir ke sekolah.
• Asthma / lelah
• Kekerapan bernafas melalui mulut apabila hidung tersumbat akan membuatkan bentuk tulang
muka kanak-kanak berubah menjadi tidak normal, disusuli dengan pertumbuhan gigi yang tidak
teratur.
• Radang telinga yang boleh menyebabkan kurang pendengaran atau pekak. Sekiranya
kanak-kanak tersebut sedang belajar bercakap, mereka akan mengalami masalah pertuturan.
Oleh itu, untuk pencegahan dan pengawalan bagi mengelakkan ia melarat kami syorkan produk keluaran Village Herbs iaitu RESDUNG THERAPY
Soalan Lazim Untuk Resdung Therapy
1. Berapa lama perlu saya makan untuk melihat kesannya?
Bergantung kepada sistem pertahanan badan masing-masing. Bagi yang pertama kali mengambil Resdung Therapy, tindakbalasnya, kebiasaannya akan dilihat selepas 1 hingga ke 3 minggu. Ada juga selepas 2 atau 3 botol. Sementara, bagi mereka yang telah biasa mengambil Resdung Therapy, kesannya dapat dilihat 15 minit hingga ke 1/2 jam selepas mengambil Resdung Therapy.
2. Bilakah waktu terbaik untuk mengambil Resdung Therapy?
Waktu mulut kosong tanpa sebarang makanan atau minuman iaitu waktu pagi sebaik je bangun tidur dan waktu malam sebelum tidur.
3. Bolehkah saya mengambil Resdung Therapy semasa perut kosong?
Ya! kerana Resdung Therapy adalah dianggap seperti makanan.
4. Berapa biji perlu saya ambil sehari?
Mengikut sukatan yang tercatat di label botol atau bila perlu.
5. Perlukah saya terus mengambil Resdung Therapy selepas Alahan Hidung atau Resdung saya pulih?
Ya! Kerana selagi anda terdedah dengan punca alahan, selagi itulah anda berisiko untuk mendapat semula gejala. Oleh itu, pengambilan Resdung Therapy secara berterusan dapat mencegah gejala daripada terjadi. Anda hanya perlu mengurangkan dosnya kepada sebiji sehari sahaja atau bila perlu. Lagipun penyakit alahan hidung dan resdung, adalah penyakit yang berkaitan dengan masalah sistem imunisasi individu yag bercelaru. Sehingga kini masih tiada ubat moden atau tradisional yang dapat menyembuhkan gejala alahan hidung dan resdung 100%. Ini bermakna penghidap terpaksa bergantung dengan ubat sepanjang kehidupan mereka. Bezanya mengambil ubat moden yang mengandungi antihistamin secara berpanjangan boleh mendatangkan banyak kesan sampingan seperti mengantuk, singkat daya ingatan (pelupa), depresi (murung), pemarah dan banyak lagi. Sementara, Resdung Therapy pula dihasilkan daripada mikro minerals semulajadi yang sememangnya diperlukan oleh tubuh badan manusia setiap hari. Jadi pengambilan Resdung Therapy yang berterusan tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan.
6. Adakah Resdung Therapy akan memberikan sebarang kesan sampingan atau tindakbalas sementara?
Resdung Therapy tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan. Walaubagaimanapun, Resdung Therapy boleh menyebabkan tindakbalas sementara bagi mereka yang baru pertama kali mengambilnya, di mana gejala akan menjadi bertambah teruk selama 1 – 3 minggu seperti bersin, batuk dan banyak kahak dikalangan kanak- kanak, sementara dewasa selain daripada batuk dan banyak kahak, mungkin akan mengalami tindakbalas seperti pening kepala dan badan lemah. Anda tidak perlu risau, ini dipanggil “healing crisis process” menandakan Resdung Therapy sedang bertindak balas dengan sistem imunisasi. Ianya akan berakhir selepas 1 - 3 minggu.
7. Bolehkah saya mengambil Resdung Therapy bersama dengan ubat lain?
Ya! Cuma jarakkan masa 1 ke 2 jam.
8. Bolehkah saya atau anak saya mengambil Resdung Therapy jika menghidap Asma?
Ya! Tapi kurangkan dosnya kepada 1 biji sahaja sehari dan diambil selang sehari selama sebulan, kemudian mengikut sukatan di botol.
9. Bolehkah saya mengambil Resdung Therapy jika selesema atau batuk saya disebabkan oleh jangkitan virus?
Resdung Therapy tidak dapat membantu masalah selesema atau batuk yang disebabkan oleh jangkitan virus.
10. Apakah pantang larang semasa mengambil Resdung Therapy?
Tiada sebarang pantang larang, anda boleh menikmati semua makanan kegemaran anda seperti biasa.
11. Bolehkah saya mengambil Resdung Therapy jika saya mengandung?
Ya! Selepas mengandung 3 bulan. Kerana Resdung Therapy hanyalah garam galian dan tidak mengandungi steroid. Walaubagaimanapun anda boleh padatkan nasihat doctor anda terlebih dahulu.
12. Bolehkah saya mengambil Resdung Therapy jika saya alah pada makanan laut?
Ya! Ambil 1 biji ½ jam sebelum dan 1 biji lagi ½ jam selepas makan makanan laut.
Penting!
Bagi mengekalkan keberkesanan Resdung Therapy, ianya perlu disimpan jauh daripada sebarang peralatan elektrik, gelombang seperti radio atau telefon bimbit, suhu panas seperti di dalam kereta yang diletak di bawah terik matahari.
TESTIMONI RESDUNG THERAPY
Nur Azrina bt Ismail (Resdung Therapy)
Terima kasih Resdung Therapy. Setelah menggunakannya masalah berjerawat berkurangan dan gatal-gatal hidung hilang.
Saya sebelum mengambil resdung therapy.hidung saya selalu je ada kumus(tersumbat)..Tp skrng saya dapat bernafas seperti orang lain..TQ Resdung Therapy-Cikgu ,Felda Selasih
Saya mengalami resdung yang teruk selama 20 tahun tp selepas menggunakan Resdung Therapy selama seminggu.. Alhamdulillah..Saya tidak lagi bersin 30-40 kali setiap pagi selepas bangun tidur..Kahak saya kering..telinga dan mata tidak lagi gatal seperti sebelum ini..Skrg saya mengesyorkan kepada kawan2 saya..
Setelah mengamalkan Resdung Therapy selama beberapa hari, saya kini tidak lagi mengalami kemerahan dan kegatalan mata.
Amru…Besut, Terengganu.
Saya amat alahan kepada makanan laut terutamanya udang….jika makan akan menyebabkan kegatalan hidung dan bersin. Begitu juga jika berada di bawah kipas dan dalam bilik yang berhawa dingin..menyebabkan bersin. Namun setelah mencuba produk Resdung Therapy masalah itu tidak datang lagi.
Anak saya selalu mengalami kemerahan dan kegatalan mata…setelah sekian lama masalah ini berlarutan…saya mencuba Resdung Therapy. Alhamdulillah, anak saya dah semakin baik.
Azmi…Besut, Terengganu.
Masalah kerap bersin selalu menganggu kehidupan saya. Ini adalah disebabkan saya menghidapi resdung. Setelah mencuba Resdung Therapy keluaran Village Herbs simtom ini berakhir.
Haikal…Pasir Mas, Kelantan.
Saya bekerja sebagai jurukimpal di sebuah kedai workshop.selepas bekerja..saya mengalami gejala kemerahan mata yang melampau.Selepas mencuba prudok Resdung Therapy saya dapat mengurangkan kemerahan mata dan dapat melihat dengan lebih baik..
Ali…Kuala Ibai,Terengganu.
Saya mengalami alahan terhadap angin daripada kipas dan cahaya yang terang samada silau terhadap lampu kereta pada malam hari dan cahaya matahari yang terlalu terang.alahan ini menyebabkan mata saya merah dan memedihkan,lama kelamaan urat mata bertukar menjadi gelap.Doktor menasihatkan saya memakai sunglass. Setelah mengamalkan produk Resdung Therapy saya dapat mengurangkan kesakitan mata saya disamping dapat memakan makanan laut,yangmana sebelum ini,saya mengalami alahan yang teruk selepas memakan makan laut seperti udang,kerang dan sotong.
Rashidah…Pasir Puteh, Kelantan.
Saya kerap bersin apabila berada di kawasan yang berdebu…alahan debu la…maklumlah orang resdung…saya selalu memikirkan masalah ini…akhirnya setelah mencuba produk Resdung Therapy saya semakin kurang alahan kepada debu.
Suhaidi…Kota Bharu, Kelantan.