Village Herbs Trading ditubuhkan di Pejabat Pendaftar Perniagaan Kuala Terengganu pada 11 November 2009. Ianya ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan sebagai pengeluar dan pengedar produk kesihatan berasaskan herba dan bahan semulajadi.
Pada mulanya, Village Herbs Trading menjalankan aktiviti jualan secara kecil-kecilan di tapak-tapak gerai yang disewa di sekitar pantai timur. Bermula dari sinilah, disebabkan terbukti keberkesanannya, pengguna produk Village Herbs semakin hari semakin mendapat sambutan.
Melihatkan permintaan yang menggalakkan daripada pengguna, kami bercadang mencari pengedar atau ejen untuk memasarkan produk Village Herbs ke pasaran yang lebih luas .