Soalan Lazim Untuk Resdung Therapy
1. Berapa lama perlu saya makan untuk melihat kesannya?
Bergantung kepada sistem pertahanan badan masing-masing. Bagi yang pertama kali
mengambil Resdung Therapy, tindakbalasnya, kebiasaannya akan dilihat selepas 1
hingga ke 3 minggu. Ada juga selepas 2 atau 3 botol. Sementara, bagi mereka yang telah
biasa mengambil Resdung Therapy, kesannya dapat dilihat 15 minit hingga ke 1/2 jam
selepas mengambil Resdung Therapy.
2. Bilakah waktu terbaik untuk mengambil Resdung Therapy?
Waktu mulut kosong tanpa sebarang makanan atau minuman iaitu waktu pagi sebaik je
bangun tidur dan waktu malam sebelum tidur.
3. Bolehkah saya mengambil Resdung Therapy semasa perut kosong?
Ya! kerana Resdung Therapy adalah dianggap seperti makanan.
4. Berapa biji perlu saya ambil sehari?
Mengikut sukatan yang tercatat di label botol atau bila perlu.
5. Perlukah saya terus mengambil Resdung Therapy selepas Alahan Hidung atau
Resdung saya pulih?
Ya! Kerana selagi anda terdedah dengan punca alahan, selagi itulah anda berisiko untuk
mendapat semula gejala. Oleh itu, pengambilan Resdung Therapy secara berterusan dapat
mencegah gejala daripada terjadi. Anda hanya perlu mengurangkan dosnya kepada sebiji
sehari sahaja atau bila perlu. Lagipun penyakit alahan hidung dan resdung, adalah penyakit
yang berkaitan dengan masalah sistem imunisasi individu yag bercelaru. Sehingga kini
masih tiada ubat moden atau tradisional yang dapat menyembuhkan gejala alahan hidung
dan resdung 100%. Ini bermakna penghidap terpaksa bergantung dengan ubat sepanjang
kehidupan mereka. Bezanya mengambil ubat moden yang mengandungi antihistamin secara
berpanjangan boleh mendatangkan banyak kesan sampingan seperti mengantuk, singkat
daya ingatan (pelupa), depresi (murung), pemarah dan banyak lagi. Sementara, Resdung
Therapy pula dihasilkan daripada mikro minerals semulajadi yang sememangnya
diperlukan oleh tubuh badan manusia setiap hari. Jadi pengambilan Resdung Therapy yang
berterusan tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan.
6. Adakah Resdung Therapy akan memberikan sebarang kesan sampingan atau tindakbalas sementara?
Resdung Therapy tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan.
Walaubagaimanapun, Resdung Therapy boleh menyebabkan tindakbalas sementara bagi
mereka yang baru pertama kali mengambilnya, di mana gejala akan menjadi bertambah
teruk selama 1 – 3 minggu seperti bersin, batuk dan banyak kahak dikalangan kanak-
kanak, sementara dewasa selain daripada batuk dan banyak kahak, mungkin akan
mengalami tindakbalas seperti pening kepala dan badan lemah. Anda tidak perlu risau, ini
dipanggil “healing crisis process” menandakan Resdung Therapy sedang bertindak balas
dengan sistem imunisasi. Ianya akan berakhir selepas 1 - 3 minggu.
7. Bolehkah saya mengambil Resdung Therapy bersama dengan ubat lain?
Ya! Cuma jarakkan masa 1 ke 2 jam.
8. Bolehkah saya atau anak saya mengambil Resdung Therapy jika menghidap Asma?
Ya! Tapi kurangkan dosnya kepada 1 biji sahaja sehari dan diambil selang sehari selama
sebulan, kemudian mengikut sukatan di botol.
9. Bolehkah saya mengambil Resdung Therapy jika selesema atau batuk saya disebabkan oleh jangkitan
virus?
Resdung Therapy tidak dapat membantu masalah selesema atau batuk yang disebabkan
oleh jangkitan virus.
10. Apakah pantang larang semasa mengambil Resdung Therapy?
Tiada sebarang pantang larang, anda boleh menikmati semua makanan kegemaran anda
seperti biasa.
11. Bolehkah saya mengambil Resdung Therapy jika saya mengandung?
Ya! Selepas mengandung 3 bulan. Kerana Resdung Therapy hanyalah garam galian dan
tidak mengandungi steroid. Walaubagaimanapun anda boleh padatkan nasihat doktor
anda terlebih dahulu.
12. Bolehkah saya mengambil Resdung Therapy jika saya alah pada makanan laut?
Ya! Ambil 1 biji ½ jam sebelum dan 1 biji lagi ½ jam selepas makan makanan laut.
Penting!
Bagi mengekalkan keberkesanan Resdung Therapy, ianya perlu disimpan jauh daripada sebarang peralatan elektrik, gelombang seperti radio atau telefon bimbit, suhu panas seperti di dalam kereta yang diletak di bawah terik matahari.
Soalan Lazim
Soalan-Soalan Lazim Berkenaan GENIUS (Mind Therapy):
1. Apakah dia GENIUS (Mind Therapy)?
GENIUS (Mind Therapy) ialah makanan tambahan yang mengandungi khasiat-khasiat penting yang diperlukan otak untuk berfungsi baik dalam kehidupan sehari-hari.
2. Bagaimanakah rupa dan rasa GENIUS (Mind Therapy)?
Bentuknya adalah bulat dan rasanya manis serta tidak pahit. Ia dibuat supaya digemari oleh semua peringkat umur. Jadi tiada masalah bagi ibu-bapa untuk menyuruh golongan muda dan kanak-kanak mengamalkan memakannya. Ia tidak mengandungi pewarna tiruan.
3. Berapa biji GENIUS (Mind Therapy) yang perlu diambil?
Makan GENIUS (Mind Therapy) sebelum sarapan pagi sekurang-kurangnya 2 biji bagi pengguna berumur 7 tahun ke atas.
Bagi yang berumur di bawah 7 tahun, ambil 1 biji sahaja. Biarkan ubat ini hancur di dalam mulut dan diikuti dengan meminum air kosong.
Jika mahu anda boleh ulangi kadar yang sama sebelum makan malam.
Pengguna disarankan makan 4 biji GENIUS (Mind Therapy) sehari bila keadaan memerlukan seperti bila menyediakan tugasan yang mencabar minda atau membuat persediaan untuk peperiksaan.
4. Selamatkah GENIUS (Mind Therapy) dimakan melebihi kadar yang dicadangkan?
GENIUS (Mind Therapy) adalah sejenis makanan tambahan yang tidak mengandungi bahan kimia, dadah, steroid dan bahan yang memabukkan. Jadi ianya selamat dimakan . Setakat ini, tiada khabar berkenaan kesan-kesan negatif atau tidak menyenangkan diterima dari pengguna yang makan mengikut cadangan mahupun yang makan lebih.
7. Apakah perbezaan antara GENIUS (Mind Therapy) dengan lain-lain produk minda di Malaysia?
Pertamanya, GENIUS (Mind Therapy) merupakan remedi yang diformulasikan untuk memberikan zat –zat tertentu kepada otak. Otak memerlukan zat-zat tertentu yang tidak semestinya sama dengan keperluan badan. Seorang yang kenyang perutnya, tidak bermakna otaknya juga “kenyang” dan mendapat semua zat-zat penting. Jadi GENIUS (Mind Therapy) diformulasikan untuk membekalkan zat-zat yang diperlukan oleh otak untuk berfungsi dengan baik seperti sepatutnya.
Keduanya, GENIUS (Mind Therapy) dibuat dari bahan-bahan pekat bermutu tinggi yang juga tinggi kosnya pada kadar yang berkesan kepada pemakannya. Bagaimanapun ianya dijual dengan harga berpatutan dengan untung yang sedikit supaya mampu dibeli berterusan oleh penggunanya. Diharap, sambutan dari pengguna yang mencukupi akan membolehkan syarikat terus beroperasi untuk kebaikan semua pihak.